Sabtu, 1 Jun 2013

` MEMBINCANGKAN BAB SOLAT DARI SEGI TASAWUF


Mukadimah 1


Mengikut pengajian, pengertian solat ada banyak peringkat dari sudut ilmu berlapis lapis. Solat ni mustahak sebab kita buat hari2. Kita nak tahu macam mana solat yang sempurna, jangan ki
ta sangka kita sudah menguasai solat sedangkan solat itu sendiri terlalu luas pengertiannya .

Kalau sebut saja solat apa yang kamu faham tentang solat? Solat yang biasa kita sebut sembahyang. Sembahyang tu bahasa melayu, kalau mengaji macam ni, nak disebut sembahyang pun tak nak kerana sembahyang tu tidak secara khusus. Sembahyang tu boleh pergi bermacam macam agama ,cina ada sembahyang, India pun ada sembahyang dan belbagai bagai lagi, tapi solat itu hanya untuk orang islam sahaja walau pun ia bahasa arab.
Saya dulu pun tertanya2 apa bezanya antara sembahyang dengan solat tapi apabila mengaji macam ni ada bezanya sekarang kita nak mengaji bab solat bukan sembahyang .

Solat itu banyak maknanya, ada orang solat itu membawa maksud penyerahan, ada orang solat itu membawa maksud bersih, ada orang solat itu membawa maksud bertaubat, berbagai bagai pengertian solat itu. Kenapa pula berbeza solat dengan sembahyang sebab jika kamu sembahyang…………


INI HATI HATI DENGAR YA ,

Jika kamu sembahyang siapa kamu sembah? Kita rasakan kamu sembah Allah, macam mana kita nak sembah Allah? Berdiri atau duduk atau tidur atau baring? Kita mesti yakin dengan solat kita. Ramai yang sembahyang dapat penat sahaja tapi dia kata dia sembahyang. Besok bila dia mati Allah sedia satu tempat untuk golongan ni yang masuk tempat orang sembahyang sahaja, dia tidak mencuri tidak buat jahat tidak bunuh orang tapi dia masuk Neraka Neraka WAIL khas untuk orang yang dia sangka dia sembahyang.

Itu lah saya tanya kamu dah tahu ke solat? Nak cakap tahu tak berani nak cakap tak tahu pun tak berani tapi kalau solat tak boleh tak berani, kot kot pun tak boleh. Mesti yakin, kalau tidak buat apa kamu solat. Contoh kalau kamu tak puasa ,kamu yakin tak kamu tak puasa? kamu yakin. Jadi kamu yakin solat kamu sempurna? Tadi solat maghrib, kamu yakin solat kamu sempurna? Dah habis solat kamu sampai salam? Rasa tak, solat kamu sempurna? Kamu tahu Allah terima solat kamu? Wallahualam ( tak tahu )

Bukan tak tahu, memang tak terimanya. Pasal Allah tak pernah ragu. Yang ragu kita Allah tak pernah silap, kalau Dia kata kamu tak solat ,tak solat lah. Solat tak boleh main2. Jangan takut saya cerita ni, saya dulu pun macam tu juga. mashaAllah apa nak jadi solat saya ni, nak keluar air mata dibuatnya tapi tak pa, yang sudah tu sudahlah kita buka buku baru, cari ilmu macam mana nak belajar solat.

Tadi kamu kata sembahyang kamu tu sembah Allah, macam mana nak sembah Allah? Tunduk ,berdiri tak boleh baring tak boleh kalau kamu sembah Allah. Apa yang kamu persembahkan jika kamu sembah sultan? Sultan yang panggil kamu mengadap, apa yang kamu persembahkan, tentulah ada barang nya, ada perkaranya yang kamu nak persembahkan. Kalau kamu sembah Allah, apa barang yang kamu bawa mempersembahkan kepada Allah. Kalau ada pun barang yang kamu nak persembahkan kepada Allah, barang tu siapa punya? Ada tak barang yang kamu tengok dalam dunia yang kamu punya,

Kalau tak ada, kamu nak persembahkan amalan kamu kepada Allah? Amalan kamu tu siapa punya? Nak persembahkan diri kamu kepada Allah, diri kamu siapa punya? ,jadi macam mana nak sembah Allah dan apa yang nak dipersembahkan? Jadi lama2 kamu fikir bukan sembahyang tapi Solat. Itu dari segi bahasa sahaja orang yang meggaji tasawuf, bahasa tu sangat mustahak ,salah bahasa rosak akidah ,rosak akidah, rosak tauhid ,rosak tauhid bukan mukmin. Sebagai contoh alam semula jadi kita pun biasa sebut cantiknya alam semula jadi, kalau kamu mengaji syirik. Kalau kamu tak mengaji tak apa ,kenapa syirik? saya usul ,alam tu dia jadi dengan sendiri ke? . siapa jadi alam ni ,Allah, Boleh kita kata alam tu semula jadi? tak tahu tak apa ,kalau dah mengaji jangan sebut.

Banyak orang kata kamu solat kerana apa? Kamu solat kerapa kerana allah, salah tak jawapan tu? Kalau saya kata salah marah, betul le jawapan tu tapi tak cukup nak melepas dari neraka wail.


Saya bagi jawapan dan kamu cari sendiri

Adakah kamu solat kerana Allah
Adakah kamu solat kerana terbiasa
Adakah kamu solat kerana masuk waktu
Adakah kamu solat kerana nak syurga
Adakah kamu solat kerana takut neraka
Adakah kamu solat kerana solat tu wajib

Contoh kalau solat kerana Allah , saya lakon kan , Ya Allah ,ambillah solat aku. aku solat kerana Engkau. Siapa kaya ? Allah kaya atau kamu kaya ? Kamu lah kaya kamu bagi solat pada Allah. Allah pun kata, Aku ambil solat engkau. Allah nak buat apa solat kita nak simpan kat mana. Solat yang kamu buat tu siapa punya, kamu punya ke ?
# Ana ambil nii dari ' muka buku ' . sekadar perkongsian :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan