Selasa, 18 Jun 2013

Ikhtilat Ikhwan & Akhawat ??Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih .


Persoalan mungkin, ikhtilat (percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan.

Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.

2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.

3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.

4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.


Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal. Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita !!!

Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, “ Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi .”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )

Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. “Cop awal2” Untuk berkahwin


“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dicop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘cop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’

4. Telefon Tidak ‘Urgent’

Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS Tidak ‘Urgent’

Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’

YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Rasulullah s.a.w bersabda, “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)

Penutup

Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri. Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga.



Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama-sama memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita ? Adakah kita terlibat sama? Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini.

Diambil dari : www.fulltimemuslim.com

Ma Fi Qalbi Ghairullah~
Wallahua'alam~

[ Perkongsian :)) ]

Sabtu, 15 Jun 2013

` Assalamualaikum WBT . Dengar-dengar esok hari bapa ? betul kh ? ehh , tapi bagi ana , setiap hari adalah hari ibu bapa . hmp , okey-okey . hari nii ana mahu meluah d blog ana nii . hmp , ana mahu buat ucapan untuk bapa ana yang tersayang :') .

     " Assalamualaikum , buat bapa yang tersayang :) . Selamat hari bapa buat bapa tersayang , barakallah fik Barakallah Fik .. Semoga Allah memanjangkan umurmu pa , menarik pergi segala masalahmu , memudahkan segala urusanmu , melapangkan segala kekusutanmu , menerima segala amalanmu , merahmati semua pekerjaanmu dan melimpahkan maghfirahnya yang terluas buatmu , Amin ya Rabbal ‘Alamin  . amin ya rabb  . Pa , maapkan anakmu ini kerna pernah melukakan perasaan mu .. sebenarnya ana pn sedih klaw ana ingat balik peristiwa yg melukakan hati mama sama bapa . Ana betul-betul minta maaf . Seandainya ana dengar nasihat bapa sama mama , pasti kejadian tu kan berlaku , pasti ana tidak melukakan perasaan mama sama bapa . Pa , Ma . ana minta maaf sebab pernah  melakukan kesilapan besar . Dulu ana suka bantah cakap mama dgn bapa . Ana memang derhaka :'( . Ana bodoh sebab percaya semua kata-kata orang tu ! Dia lah penyebab keluarga kita begini . cubalah kita tidak pindah rumah , pasti kejadian ini tak berlaku .

~ BERSAMBUNG~


Ahad, 2 Jun 2013

Allah Bersama Orang Yang Sabar

Tuhan yang beri kita rezeki , dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula .
Duit dalam genggaman kita , dalam akaun bank , dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini , kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong .  Tanpa wang, tanpa harta . Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman ;
" Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]
" Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan , dan ( dengan berlakunya ) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah wahai hati .
Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji , bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..
Atau bagaimana ?
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan . Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia. 
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - [Surah Al-Israk:30]
Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia 'pergi' dari kita.
Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.
Allah swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;
"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.
Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat." - [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Firman Allah;
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].
Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.
Allah berfirman lagi;
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada
bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun". Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.

Muhasabah buat diri ini dan ukhti / akhi sekalian . Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk . Amin ya rabb :')

; via : 
http://www.iluvislam.com/ .

`Alasan untuk kapel ? adeeehh -_-'


` Bile di lihat dan di amati, alasan yang sering digunapakai untuk melampuhijaukan kegiatan berkapel/ angkat2 ( abg,adik,kakak) ini:


1) "Alah bukan apa bang..Saya ni nak pastikan yang kami berdua ni 'terjaga.' Saling mengingatkan. Apa tu orang kata..? Kapel Islamik ..? Haaa.."

2) "Takde apa pon, nak berkenal-kenalan je. Macam mana kita nak kahwin dengan orang yang kita langsung tak kenal..?? Nak kenal hati budi dulu, perangai macam mana, sesuai ke tak dengan kita. Nanti bila dah kahwin, takdelah terkejut beruk!"

3) "Hekele. Apa masalah enta ni hah..?? Allah dah bagi hati dan tanamkan perasaan kasih sayang. Dan Allah ciptakan manusia tu berpasang-pasangan. Normallah kalau jatuh chenta ni! Apa enta nak nafikan sunnatullah alam..??"

hearm.. pengsan dengar alasan2 "islamik ni" adeeeeh..meyh jawab satu2....

1- 1) Dalam Islam tiada konsep kapel Islamik. Jika ada, para sahabat, salafus soleh, tabi' tabi'en yang lebih faham dan hidup dengan al-Quran dan al-Hadith itu, pastinya telah berkapel terlebih dahulu. Tapi tak pernah pula dengar Saad bin Abi Waqas berkapel sebelum kahwin atau Imam Hassan Basri pergi bertemu janji di tepi Sungai Furat bersama bakal isterinya..

2- 2) kenal2 je,, Podaaaahhh! Itu alasan semata! Nak kenal konon. Lepas kenal, mulalah bermesej-mesej. Lepas tu mula gelak-gelak manja. Lepas tu mula keluar bertemu janji. Lepas tu mula berpegangan tangan. Lepas tu mula bercumbuan. Lepas tu berakhir dengan penzinaan..

Ya, walaupon anda tidaklah sampai berzina fizikal di atas katil atau di belakang kereta, tapi zina hati itu juga suatu dosa tahu..?? Bayangkan anda berzina ketika solat, ketika membaca al-Quran, ketika membawa bulatan gembira dan ketika membaca maathurat. Tergamak anda melakukan perkara sekeji itu ketika pergi menghadap Tuhan..?? Astaghfirullahl adzim!

Kerana itu Allah menyeru kita supaya menjauhi zina, dan bukannya jangan berzina! Kerana penangan asmara dana itu sememangnya akan membuatkan kita sengsara derita..!!!

3-3) ahakss, cinta naluri manusia...peerrgghhh, makin tinggi belajar, makin banyak hadith2 n ayat quran yang dia tafsir..meyh sini, Allah bagi hati dan perasaan kasih tu, sebenarnya sebagai suatu ujian..Allah nak tengok dan uji, sama ada dengan perasaan yang Allah beri itu, kita akan gunakan untuk jatuh chenta dengan-Nya atau jatuh chenta dengan makhluk lain dahulu!

Benar dalam hati ada taman. Benar dalam hati ada bunga. Namun taman itu perlu ditanam dengan benih-benih bunga chentaNya sebelum benih-benih bunga kechentaan pada yang lain!

Perasaan chenta yang terbit daripada hati itu hanyalah suatu ujian, untuk menilai siapa di kalangan kita yang lebih beriman!

Maka aku ingin mengajak diri aku sendiri dan kamu semua untuk kita sama-sama jatuh chenta berguling-guling dengan Allah dahulu, sebelum sesuatu yang lainnya. Kerana sesungguhnya kita punya terlalu banyak sebab dan alasan untuk jatuh chenta pada-Nya.....

# ana ambil dari facebook nii , sekadar perkongsian bersama . semoga ukhti dan akhi sekalian dapat pengajaran dari sini . insyaAllah :') 

Sabtu, 1 Jun 2013

` MEMBINCANGKAN BAB SOLAT DARI SEGI TASAWUF


Mukadimah 1


Mengikut pengajian, pengertian solat ada banyak peringkat dari sudut ilmu berlapis lapis. Solat ni mustahak sebab kita buat hari2. Kita nak tahu macam mana solat yang sempurna, jangan ki
ta sangka kita sudah menguasai solat sedangkan solat itu sendiri terlalu luas pengertiannya .

Kalau sebut saja solat apa yang kamu faham tentang solat? Solat yang biasa kita sebut sembahyang. Sembahyang tu bahasa melayu, kalau mengaji macam ni, nak disebut sembahyang pun tak nak kerana sembahyang tu tidak secara khusus. Sembahyang tu boleh pergi bermacam macam agama ,cina ada sembahyang, India pun ada sembahyang dan belbagai bagai lagi, tapi solat itu hanya untuk orang islam sahaja walau pun ia bahasa arab.
Saya dulu pun tertanya2 apa bezanya antara sembahyang dengan solat tapi apabila mengaji macam ni ada bezanya sekarang kita nak mengaji bab solat bukan sembahyang .

Solat itu banyak maknanya, ada orang solat itu membawa maksud penyerahan, ada orang solat itu membawa maksud bersih, ada orang solat itu membawa maksud bertaubat, berbagai bagai pengertian solat itu. Kenapa pula berbeza solat dengan sembahyang sebab jika kamu sembahyang…………


INI HATI HATI DENGAR YA ,

Jika kamu sembahyang siapa kamu sembah? Kita rasakan kamu sembah Allah, macam mana kita nak sembah Allah? Berdiri atau duduk atau tidur atau baring? Kita mesti yakin dengan solat kita. Ramai yang sembahyang dapat penat sahaja tapi dia kata dia sembahyang. Besok bila dia mati Allah sedia satu tempat untuk golongan ni yang masuk tempat orang sembahyang sahaja, dia tidak mencuri tidak buat jahat tidak bunuh orang tapi dia masuk Neraka Neraka WAIL khas untuk orang yang dia sangka dia sembahyang.

Itu lah saya tanya kamu dah tahu ke solat? Nak cakap tahu tak berani nak cakap tak tahu pun tak berani tapi kalau solat tak boleh tak berani, kot kot pun tak boleh. Mesti yakin, kalau tidak buat apa kamu solat. Contoh kalau kamu tak puasa ,kamu yakin tak kamu tak puasa? kamu yakin. Jadi kamu yakin solat kamu sempurna? Tadi solat maghrib, kamu yakin solat kamu sempurna? Dah habis solat kamu sampai salam? Rasa tak, solat kamu sempurna? Kamu tahu Allah terima solat kamu? Wallahualam ( tak tahu )

Bukan tak tahu, memang tak terimanya. Pasal Allah tak pernah ragu. Yang ragu kita Allah tak pernah silap, kalau Dia kata kamu tak solat ,tak solat lah. Solat tak boleh main2. Jangan takut saya cerita ni, saya dulu pun macam tu juga. mashaAllah apa nak jadi solat saya ni, nak keluar air mata dibuatnya tapi tak pa, yang sudah tu sudahlah kita buka buku baru, cari ilmu macam mana nak belajar solat.

Tadi kamu kata sembahyang kamu tu sembah Allah, macam mana nak sembah Allah? Tunduk ,berdiri tak boleh baring tak boleh kalau kamu sembah Allah. Apa yang kamu persembahkan jika kamu sembah sultan? Sultan yang panggil kamu mengadap, apa yang kamu persembahkan, tentulah ada barang nya, ada perkaranya yang kamu nak persembahkan. Kalau kamu sembah Allah, apa barang yang kamu bawa mempersembahkan kepada Allah. Kalau ada pun barang yang kamu nak persembahkan kepada Allah, barang tu siapa punya? Ada tak barang yang kamu tengok dalam dunia yang kamu punya,

Kalau tak ada, kamu nak persembahkan amalan kamu kepada Allah? Amalan kamu tu siapa punya? Nak persembahkan diri kamu kepada Allah, diri kamu siapa punya? ,jadi macam mana nak sembah Allah dan apa yang nak dipersembahkan? Jadi lama2 kamu fikir bukan sembahyang tapi Solat. Itu dari segi bahasa sahaja orang yang meggaji tasawuf, bahasa tu sangat mustahak ,salah bahasa rosak akidah ,rosak akidah, rosak tauhid ,rosak tauhid bukan mukmin. Sebagai contoh alam semula jadi kita pun biasa sebut cantiknya alam semula jadi, kalau kamu mengaji syirik. Kalau kamu tak mengaji tak apa ,kenapa syirik? saya usul ,alam tu dia jadi dengan sendiri ke? . siapa jadi alam ni ,Allah, Boleh kita kata alam tu semula jadi? tak tahu tak apa ,kalau dah mengaji jangan sebut.

Banyak orang kata kamu solat kerana apa? Kamu solat kerapa kerana allah, salah tak jawapan tu? Kalau saya kata salah marah, betul le jawapan tu tapi tak cukup nak melepas dari neraka wail.


Saya bagi jawapan dan kamu cari sendiri

Adakah kamu solat kerana Allah
Adakah kamu solat kerana terbiasa
Adakah kamu solat kerana masuk waktu
Adakah kamu solat kerana nak syurga
Adakah kamu solat kerana takut neraka
Adakah kamu solat kerana solat tu wajib

Contoh kalau solat kerana Allah , saya lakon kan , Ya Allah ,ambillah solat aku. aku solat kerana Engkau. Siapa kaya ? Allah kaya atau kamu kaya ? Kamu lah kaya kamu bagi solat pada Allah. Allah pun kata, Aku ambil solat engkau. Allah nak buat apa solat kita nak simpan kat mana. Solat yang kamu buat tu siapa punya, kamu punya ke ?
# Ana ambil nii dari ' muka buku ' . sekadar perkongsian :)